Selamat Membaca
Friday, 6 May 2016
Aktiviti Dalam dan Luar Kelas Semasa Latihan Mengajar
Kesahan Maxwell
Maxwell (1996) mengemukakan empat jenis kesahan dalam penyelidikan kualitatif. Berikut merupakan jenis-jenis kesahan:
a) Kesahan Deskriptif
Berkaitan dengan darjah ketepatan fakta laporan yang ditulis oleh penyelidik. Ancaman utama kepada deskripsi yang sah adalah ketidaktepatan atau ketidak lengkapan data.
b) Kesahan Interprestif
Darjah ketepatan pandangan, pemikiran, pengalaman dan niat partisipan difahami dan dilaporkan oleh penyelidik. Ancaman utama kepada interpretasi yang sah adalah penyelidik menekankan kerangka atau makna penyelidik sendiri bukan pemahaman terhadap perspektif orang yang dikaji serta makna yang diberikan kepada perkataan atau tindakan mereka.
c) Kesahan Teoritikal
Darjah di mana sesuatu teori atau penjelasan teoritikal yang dibentuk daripada kajian serasi atau selaras dengan data. Jika wujud ciri-ciri tersebut maka ianya boleh dipercayai dan boleh dipertahankan. Ancaman utama terhadap kesahan teoritikal ialah mengumpul dan memberi perhatian kepada data yang tidak sesuai atau tidak relevan.
d) Generalisasi
Lebih merupakan generalisasi dalaman iaitu merujuk kepada setakat mana generalisasi dalam latar atau kumpulan kajian boleh dibuat, berbanding dengan generalisasi luaran iaitu generalisasi kepada latar yang tidak termasuk dalam kajian penyelidik.
e) Kesahan penilaian
Merujuk kepada setakat mana penyelidik membuat penilaian dan penghakiman ke atas data dalam laporan kajian. Hal yang ditekankan adalah adakah penyelidik betul-betul objektif melaporkan kajian tanpa adanyan bias sama sekali.
Faktor yang Mempengaruhi Kesahan
a) Arahan kurang jelas.
b) Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami.
c) Ambiguiti.
d) Masa yang diberikan tidak mencukupi.
e) Aras kesukaran yang kurang sesuai.
f) Item ujian yang dibina kurang baik.
g) Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran yang dikehendaki.
h) Bilangan item yang tidak mencukupi.
i) Susunan item kurang tepat.
j) Susunan jawapan (ujian objektif).
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada setakat mana dapatan kajian boleh diulang semula. Jika kajian diulang, adakah akan menghasilkan keputusan yang sama seperti sebelumnya? Oleh itu, kebolehpercayaan adalah sukar untuk ditentukan dengan tepat sebab perlakuan manusia bukan statik dan sentiasa berubah. Kebolehpercayaan dalam kajian wujud dalam andaian bahawa terdapatnya reality tunggal dan mengkaji berulang-ulang akan menghasilkan keputusan yang sama. Berkaitan dengan ketepatan data.
Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil. Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu mempersoalkan berkaitan:
a) Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
b) Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
Permasalahan Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian Tindakan
Pengenalan
Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan
isu yang sering dibincangkan semasa menjalankan sesuatu kajian tindakan. Isu
yang dibincangkan dalam kesahan dan kebolehpercayaan pula melibatkan proses dan
prosedur menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrument pengumpulan data
serta pemilihan sampel kajian serta langkah-langkah yang dijalankan untuk
mengesahkan data kajian.
Kesahan
Maxwell (1996) menyatakan bahawa
kesahan adalah berkaitan dengan soal ketepatan atau kredibiliti sesuatu
deskripsi, kesimpulan, penerangan, inteprestasi atau lain-lain bentuk laporan.
Manakala Creswell & Miller (2004:124) pula mendefinisikan kesahan sebagai
ketepatan pernyataan atau penjelasan yang mewakili reality partisipan tentang
sesuatu fenomena sosial. Hammerslay (1987) pula menyatakan bahawa kesahan
sebagai pernyataan atau penjelasan yang sah atau benar sekiranya ia mewakili
secara tepat ciri-ciri fenomena yang cuba diterangkan, dijelaskan dan
diteorikan.
Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itudi katakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Merujuk kepada kebenaran data.
Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dankekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapakaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel& Wallen, 1996).
Kesahan Kandungan
Merujuk kepada sejauh mana alat itu mengumpuldata yang merangkumi kandungan sesuatu bidangyang dikaji. Sesuatu alat pengukuran dikatakan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi sekiranya alat tersebut dapat mengukur semua isi serta kandungan bidang. Dua jenis kesahan kandungan:
a) Kesahan Item
Kesahan item merujuk kepada sama ada item ujian relevan dengan pengukuran kandungan bidang berkenaan.
b) Kesahan Persampelan
Kesahan Persampelan merujuk kepada sejauh mana sampel ujian merangkumi jumlah kandungan bidang yang diuji.
Contoh:
Satu ujian untuk menguji pengetahuan dalam fakta-fakta Bahasa Melayu mempunyai kesahan item yang baik jikasemua item berkaitan dengan Bahasa Melayu tetapi kesahan persampelan lemah jika tidak merangkumi semua kandungan tersebut.
a) Kesahan Item
Kesahan item merujuk kepada sama ada item ujian relevan dengan pengukuran kandungan bidang berkenaan.
b) Kesahan Persampelan
Kesahan Persampelan merujuk kepada sejauh mana sampel ujian merangkumi jumlah kandungan bidang yang diuji.
Contoh:
Satu ujian untuk menguji pengetahuan dalam fakta-fakta Bahasa Melayu mempunyai kesahan item yang baik jikasemua item berkaitan dengan Bahasa Melayu tetapi kesahan persampelan lemah jika tidak merangkumi semua kandungan tersebut.
Strategi Memastikan Kesahan
Walcott (1994) mencadangkan stretegi
yang sesuai untuk memastikan kesahan kajian tindakan:
1. Cakap
sedikit tapi banyak mendengar.
Semasa menemubual atau mengadakan
perbincangan dengan partisipan, penyelidik perlu bersabar dalam mendengar
jawapan dan pandangan daripada mereka. Memang terdapat sesetengah partisipan
yang sukar untuk memberi respon dengan cepat dan banyak.
2. Catat
pemerhatian dengan tepat.
Kadang-kadang terdapat keadaan
penyelidik terpaksa mengajar dan adalah sukar untuk mencatat perlakuan semasa
belajar. Oleh itu, catatan pemerhatian
perlu dibuat sebaik sahaja pengajaran selesai bagi memastikan apa yang berlaku
semasa pengajaran dapat dicatat semula dengan tepat. Rakaman audio dan visual
boleh digunakan bagi membantu proses catatan.
3. Mulakan
penulisan lebih awal.
Peruntukan masa yang awal amatlah
penting untuk menulis pemerhatian. Sekiranya dilewatkan penulisan jurnal
refleksi, maka kemungkinan apa yang dicatat tidak tepat menggambarkan keadaan
yang sebenar.
4. Pembaca
dapat meilhat laporan kajian.
Laporan perlu dipersembahkan dengan
jelas bagi membolehkan pembaca memahami kandungan kajian. Persembahan boleh
dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti graf, carta, gambar, fotograf, dan
sebagainya.
Prosedur Kesahan dalam Kajian Tindakan
a)
Refleksitiviti
Penyelidik
Ini merupakan prosedur di mana penyelidik menjelaskan atau
melaporkan andaian, kepercayaan, nilai dan bias yang mungkin mempengaruhi
kajiannya. Hal ini perlu dilakukan oleh penyelidik pada awal proses kajian bagi
membolehkan pembaca memahami kedudukannya dan langkah untuk mengurangkan bias
penyelidik dalam proses kajian seterusnya. Proses kesahan ini k]jelas
menggunakan lensa penyelidik dalam paradigma kritikal di mana individu membuat
refleksi terhadap faktor-faktor sosial, budaya dan pensejarahan yang
mempengaruhi interpretasi mereka.
b)
Pemeriksaan
oleh Rakan
Lincoln dan Guba (1985) mengatakan bahawa prosedur
pemeriksaan oleh rakan merupakan teknik penting dalam membina kredibiliti data
dan dapatan kajian. Prosedur ini melibatkan
data dan interpretasi dirujukan semula kepada partisipan untuk dikaji dan
diperiksa bagi membolehkan mereka mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat
dan laporan kajian.
Perkaitan
antara Kesahan dan Kebolehpercayaan
o
Kesahan
akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu
dibina.
o
Kebolehpercayaan
memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian.
o
Kebolehpercayaan
boleh dikaji terus dari data ujiantetapi kesahan tidak boleh.
o
Ujian
yang boleh diterima mestilah sah dan bolehdipercayai.
o Untuk
mengesahkan sesuatu yang digunakan, pengukuran hendaklah mempunyai
kebolehpercayaan.
o Konsep
kesahan dan kebolehpercayaan lebih merujuk kepada maklumat yang diperolehi
daripada alat pengukur itu dari menerangkan alat pengukur itu sendiri.
Kesimpulan
Kualiti dan keautetikan sesuatu kajian
itu bergantung kepada darjah kebolehpercayaan dan kesahan kajian. Prosedur
kebolehpercayaan dan kesahan perlu diberi perhatian bagi memastikan instrument yang
digunakan dan data yang dikumpul mempunyai kadar kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi dan boleh diterima. Dalam konteks kajian tindakan yang menggunakan
kedua-dua prosedur kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif amat penting
menggunakan prosedur yang telah dibincangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)