Selamat Membaca

Friday, 6 May 2016

Permasalahan Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian Tindakan


Pengenalan
Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan isu yang sering dibincangkan semasa menjalankan sesuatu kajian tindakan. Isu yang dibincangkan dalam kesahan dan kebolehpercayaan pula melibatkan proses dan prosedur menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrument pengumpulan data serta pemilihan sampel kajian serta langkah-langkah yang dijalankan untuk mengesahkan data kajian.


Kesahan
Maxwell (1996) menyatakan bahawa kesahan adalah berkaitan dengan soal ketepatan atau kredibiliti sesuatu deskripsi, kesimpulan, penerangan, inteprestasi atau lain-lain bentuk laporan. Manakala Creswell & Miller (2004:124) pula mendefinisikan kesahan sebagai ketepatan pernyataan atau penjelasan yang mewakili reality partisipan tentang sesuatu fenomena sosial. Hammerslay (1987) pula menyatakan bahawa kesahan sebagai pernyataan atau penjelasan yang sah atau benar sekiranya ia mewakili secara tepat ciri-ciri fenomena yang cuba diterangkan, dijelaskan dan diteorikan.

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itudi katakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Merujuk kepada kebenaran data.

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dankekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapakaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel& Wallen, 1996).




Kesahan Kandungan
Merujuk kepada sejauh mana alat itu mengumpuldata yang merangkumi kandungan sesuatu bidangyang dikaji. Sesuatu alat pengukuran dikatakan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi sekiranya alat tersebut dapat mengukur semua isi serta kandungan bidang. Dua jenis kesahan kandungan:

a) Kesahan Item
 Kesahan item merujuk kepada sama ada item ujian relevan dengan pengukuran kandungan bidang berkenaan.


b) Kesahan Persampelan
Kesahan Persampelan merujuk kepada sejauh mana sampel ujian merangkumi jumlah kandungan bidang yang diuji.

Contoh: 
Satu ujian untuk menguji pengetahuan dalam fakta-fakta Bahasa Melayu mempunyai kesahan item yang baik jikasemua item berkaitan dengan Bahasa Melayu tetapi kesahan persampelan lemah jika tidak merangkumi semua kandungan tersebut.






Strategi Memastikan Kesahan
Walcott (1994) mencadangkan stretegi yang sesuai untuk memastikan kesahan kajian tindakan:
1.         Cakap sedikit tapi banyak mendengar.
Semasa menemubual atau mengadakan perbincangan dengan partisipan, penyelidik perlu bersabar dalam mendengar jawapan dan pandangan daripada mereka. Memang terdapat sesetengah partisipan yang sukar untuk memberi respon dengan cepat dan banyak.

2.         Catat pemerhatian dengan tepat.
Kadang-kadang terdapat keadaan penyelidik terpaksa mengajar dan adalah sukar untuk mencatat perlakuan semasa belajar.  Oleh itu, catatan pemerhatian perlu dibuat sebaik sahaja pengajaran selesai bagi memastikan apa yang berlaku semasa pengajaran dapat dicatat semula dengan tepat. Rakaman audio dan visual boleh digunakan bagi membantu proses catatan.

3.         Mulakan penulisan lebih awal.
Peruntukan masa yang awal amatlah penting untuk menulis pemerhatian. Sekiranya dilewatkan penulisan jurnal refleksi, maka kemungkinan apa yang dicatat tidak tepat menggambarkan keadaan yang sebenar.

4.         Pembaca dapat meilhat laporan kajian.
Laporan perlu dipersembahkan dengan jelas bagi membolehkan pembaca memahami kandungan kajian. Persembahan boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti graf, carta, gambar, fotograf, dan sebagainya.



Prosedur Kesahan dalam Kajian Tindakan

a)       Refleksitiviti Penyelidik
Ini merupakan prosedur di mana penyelidik menjelaskan atau melaporkan andaian, kepercayaan, nilai dan bias yang mungkin mempengaruhi kajiannya. Hal ini perlu dilakukan oleh penyelidik pada awal proses kajian bagi membolehkan pembaca memahami kedudukannya dan langkah untuk mengurangkan bias penyelidik dalam proses kajian seterusnya. Proses kesahan ini k]jelas menggunakan lensa penyelidik dalam paradigma kritikal di mana individu membuat refleksi terhadap faktor-faktor sosial, budaya dan pensejarahan yang mempengaruhi interpretasi mereka.


b)       Pemeriksaan oleh Rakan
Lincoln dan Guba (1985) mengatakan bahawa prosedur pemeriksaan oleh rakan merupakan teknik penting dalam membina kredibiliti data dan dapatan  kajian. Prosedur ini melibatkan data dan interpretasi dirujukan semula kepada partisipan untuk dikaji dan diperiksa bagi membolehkan mereka mengesahkan ketepatan dan kebenaran maklumat dan laporan kajian.



Perkaitan antara Kesahan dan Kebolehpercayaan
o   Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina.
o   Kebolehpercayaan memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian.
o   Kebolehpercayaan boleh dikaji terus dari data ujiantetapi kesahan tidak boleh.
o   Ujian yang boleh diterima mestilah sah dan bolehdipercayai.
o Untuk mengesahkan sesuatu yang digunakan, pengukuran hendaklah mempunyai kebolehpercayaan.
o Konsep kesahan dan kebolehpercayaan lebih merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada alat pengukur itu dari menerangkan alat pengukur itu sendiri.



Kesimpulan
Kualiti dan keautetikan sesuatu kajian itu bergantung kepada darjah kebolehpercayaan dan kesahan kajian. Prosedur kebolehpercayaan dan kesahan perlu diberi perhatian bagi memastikan instrument yang digunakan dan data yang dikumpul mempunyai kadar kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dan boleh diterima. Dalam konteks kajian tindakan yang menggunakan kedua-dua prosedur kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif amat penting menggunakan prosedur yang telah dibincangkan.


No comments:

Post a Comment