Maxwell (1996) mengemukakan empat jenis kesahan dalam penyelidikan kualitatif. Berikut merupakan jenis-jenis kesahan:
a) Kesahan Deskriptif
Berkaitan dengan darjah ketepatan fakta laporan yang ditulis oleh penyelidik. Ancaman utama kepada deskripsi yang sah adalah ketidaktepatan atau ketidak lengkapan data.
b) Kesahan Interprestif
Darjah ketepatan pandangan, pemikiran, pengalaman dan niat partisipan difahami dan dilaporkan oleh penyelidik. Ancaman utama kepada interpretasi yang sah adalah penyelidik menekankan kerangka atau makna penyelidik sendiri bukan pemahaman terhadap perspektif orang yang dikaji serta makna yang diberikan kepada perkataan atau tindakan mereka.
c) Kesahan Teoritikal
Darjah di mana sesuatu teori atau penjelasan teoritikal yang dibentuk daripada kajian serasi atau selaras dengan data. Jika wujud ciri-ciri tersebut maka ianya boleh dipercayai dan boleh dipertahankan. Ancaman utama terhadap kesahan teoritikal ialah mengumpul dan memberi perhatian kepada data yang tidak sesuai atau tidak relevan.
d) Generalisasi
Lebih merupakan generalisasi dalaman iaitu merujuk kepada setakat mana generalisasi dalam latar atau kumpulan kajian boleh dibuat, berbanding dengan generalisasi luaran iaitu generalisasi kepada latar yang tidak termasuk dalam kajian penyelidik.
e) Kesahan penilaian
Merujuk kepada setakat mana penyelidik membuat penilaian dan penghakiman ke atas data dalam laporan kajian. Hal yang ditekankan adalah adakah penyelidik betul-betul objektif melaporkan kajian tanpa adanyan bias sama sekali.
Faktor yang Mempengaruhi Kesahan
a) Arahan kurang jelas.
b) Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami.
c) Ambiguiti.
d) Masa yang diberikan tidak mencukupi.
e) Aras kesukaran yang kurang sesuai.
f) Item ujian yang dibina kurang baik.
g) Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran yang dikehendaki.
h) Bilangan item yang tidak mencukupi.
i) Susunan item kurang tepat.
j) Susunan jawapan (ujian objektif).
Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan merujuk kepada setakat mana dapatan kajian boleh diulang semula. Jika kajian diulang, adakah akan menghasilkan keputusan yang sama seperti sebelumnya? Oleh itu, kebolehpercayaan adalah sukar untuk ditentukan dengan tepat sebab perlakuan manusia bukan statik dan sentiasa berubah. Kebolehpercayaan dalam kajian wujud dalam andaian bahawa terdapatnya reality tunggal dan mengkaji berulang-ulang akan menghasilkan keputusan yang sama. Berkaitan dengan ketepatan data.
Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil. Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan, kita perlu selalu mempersoalkan berkaitan:
a) Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
b) Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?
No comments:
Post a Comment